Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 13, 2011

Rasa itu Datang dan Pergi

Ye, saat rasa itu datang, aku cuba mengawalnya.....cuba aku elak untuk menjadikan rasa itu lebih menjdi2 mengawal seluruh denyut nadiku....Aku cuba menjadi waras...cuba berfikir secara lebih rasional....Jadi rasa itu jadi berkurangan dan pergi..tapi ia datang mengetuk-ngetuk tangkai hati hingga membuatkan aku merasakan kembali rasa itu......

Maaf andai aku cuba mengelak untuk merasai rasa itu......ada rasa yang bila ia hadir, kita cuba mengelaknya....tapi ada rasa yg kita nantikan kehadirannya......kadang2 rasa itu tak terluah, terbuku di sanubari kerana bimbang andai meletus rasa itu, bimbang lain pula jadinya...jadi, media aku adalah my blog.....biar ade pihak yg terasa kerna kadang2 aku tak mampu meluahkan rasa itu secara terus atau 'direct atau straight 2 da point'...maish menjaga sensitiviti beberapa pihak yg perlu aku jaga hati mereka........

Tapi sayang, aku mungkin terlalu menjaga hati orang hingga kadang kala ade ke sesiapa yg cuba untuk menjaga hati aku?????Siapa aku untuk meminta-minta...Aku selayaknya menerima ketentuanNya kerna rasa itu datangnya dari Allah dan ia anugerah yang tidak ternilai....

Bercampur baur rasa aku sekarang ini= marah, rindu, kecewa, geram, sakit hati dan beberapa lagi rasa yang mungkin xmampu aku tafsirkan saat ringkas menaip di lewat malam di kala semua insan lena diulit mimpi indah......moga hari esok lebih baik dari hari ini....aku menaip dan mencoret di sini kerna aku tahu, mungkin ade pihak yg sudi membaca tapi sebaliknya ada juga pihak yang langsung tidak tertarik dengan ape2 yang aku tuliskan atau luahkan...jadi ape yang perlu aku kisahkan......di sini Kisahku Bukan Kisahmu.......sayonara....

Silap Tafsiran

Andai kata dihulur silap tafsirannya, sememangnya membawa kesan buruk andai berpanjangan menjadi isu dan lebih-lebih lagi isu sensitif. Dua insan yang berbeza latar belakang mempunyai dua pandangan yang berbeza mengenai sesuatu benda walaupun benda yang didiberi sebagai rangsangan adalah sama. Jadi sukar menentukan siapa yang benar.Akal dikurniakan untuk berfikir dan menaakul apa yang terbentang di hadapan kita.. Hak individu dalam mentafsir dan memberi pendapat selagi jika seseorang itu beragama Islam semestinya dia tidak bercanggah dari hukum yang ditetapkan Allah.

Pelbagai permasalahan yang timbul kala ini. Banyak berlaku perselisihan pendapat, bercanggah pandangan dan idea mengenai sesuatu perkara. Sebagai analoginya, dua orang murid diberi sebuah gambar mengenai seekor ikan emas di dalam sebuah akuarium dan murid-murid tersebut diminta memberi pandangan tentang apa yang dapat dilihat, pastinya pelbagai idea akan diberikan dan diusulkan oleh murid-murid berkenaan. pandangan-pandangan yang diberi mungkin terdapat persamaan dan perbezaan, jadi andai ada perbezaan yang wujud perbezaan idea akan membuatkan emosi terganggu andai berterusan dibahaskan sehingga mendapat kata putus. Andai terdapat persamaan, mungkin ia secara kebetulan. Tapi setiap kita adalah berbeza, "rambut sama hitam tapi hati lain-lain".......Jadi, elakkan beremosi dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi andai ia melibatkan suara ramai.............

Kerinduan dan Kerahsiaan

Wow....dah 2 minggu aku xmenulis atau meluahkan ape yg aku rasa kat blog kesayangan aku ni (xkan kesayangan korang lak..hehehe...)...sibuk dgn urusan duniawi je..hehe...ye la, kdg ade mse utk buka blog tapi kebuntuan menerjah minda dan fikiran....jadi, x la menulis gak...oooppss, menaip..hehehe....agpon sekembali dari Uitm Shah Alam utk Konvensyen Guru-guru Muda (KOGUM) peringkat kebangsaan aku dijangkiti virus selesema dan demam.....ni pon masih dalam kurang sihat....tapi bila ade idea nak menaip dan berkongsi, demam pon ok je..hehe...

bukan ape, cter kali ni mungkin bosan bila menjadi tatapan umum....aku just nak luahkan ape yg aku rasa tatkala ini.....ye, kembali pada topik yg nak aku share ni -----> RINDU.......atau kate orang putih miss...huhu...em, ye aku memang dilanda kerinduan...eh, jgn salah faham lak...rindu kat family la...aty aku mmg nak balik umah, tapi aku xtahu la kenapa macam ade satu magnet yg sama kutubnya menolak utk aku balik ke rumah....why???kenapa???ntah, aku sendiri xde jawapan utk 2....aku sdang mencungkil kegalauan yg aku rasakan.....tp dgn sape yg aku nak kongsi???blog la media perantara tempat aku meluahkan walaupun ia hanya bertindak sehala..no respon at all...but I will be happy n calm after finished any post because everything has been exposed..mungkin berbeza dgn orang lain, tapi this is me.....menipu kalau aku katakan aku xrindu rumah n family aku....ye, aku sdang berbohong tapi masalah aku adalah ada satu rasa lain yang menolak aku untuk balik rumah.......so, kebuntuan dan confusion sering wat aku jadi sukar wat keputusan...so, aku x la balik umah............I miss my beloved family so much......hanya doa dan ingatan yang menjadi peneman di kala aku memerlukan kehadiran keluarga aku di sisi........





sememangnya, aku perlukan seseorang untuk berkongsi, tapi bila ada yang sudi berkongsi, aku jadi buntu sebab rahsia yang tersimpan hanya sesetengah je yang boleh dikongsi kerna aku terpaksa dan dipaksa.......bukan aku yang mahukannya tapi  keadaan yang membuatkan ia menjadi sebegitu.........so, ia seperti tersemat dan tersimpan kemas menjadi rahsia yang utuh walaupun ia seperti meronta-ronta mahu diluahkan.........keadaan membuatkan kata-kataku seperti hanya tersekat di kerongkong dan minda pula ligat memikirkan kesan andai terlepas kata....bak kata pepatah "biar pecah di perut jangan pecah di mulut.......ditelan mati emak, diluah mati bapak"...jadi andai anda berada dalam situasi yang sama seperti aku, ape yang kalian rasakan???????Fikirkan dan jawapannya ada dalam diri anda sendiri...........
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers