Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 16, 2013

Hari ini dan semalam

Hari ini aku mampu tersenyum....
Hari ini aku mampu bergelak ketawa...
Hari ini aku mahu seluruh dunia tahu khabar gembira...
Hari ini aku mahu semua mendengar bahagianya aku saat ini.....

Kegembiraan itu seperti membuat aku lupa kesedihan yg aku alami hari semalam...
Tipu andai aku ungkapkan bahawa aku dah melupakannya,
Ia masih segar dalam ingatan benak ku kala ini...
Sukar untuk kulupa walau kau disisiku..

Hadirnya kau mungkin menghilangkan sedihku, 
mengubat kelukaan yg kau sendiri ciptakan untuk tatapanku,
Sampai bila janjimu kurasa benar dihatiku,
Sesungguhnya sisa kelukaan itu akan terus kekal dlm pundak ku.

Aku manusia biasa yg Allah ciptakan hati nurani yg satu ini,
Saat kau disisi, aku lupa kelukaan semalam yg kau ciptakan,
Hingga aku lupa ada air mata masih berbaki,
Yang aku sendiri tidak sedar ia kering tidak ditangisi..

Hadirmu seperti jua semalam yg berlalu,
Seperti hari-hari dahulu,
Tetap ade gusar di hatiku,
Tentang dia, kau dan juga aku....

TAKKAN SEMUDAH ITU UNTUK KULUPAKAN LUKA SEMALAM YG KAU CIPTA...
walau tawaku menghiasi setiap langkahku....
Sesungguhnya cintaku padamu hanya satu, walau terluka ku ubati sndiri demi mendapatkan cita yg satu...
Ku kejar bahagia bersamamu,
Andai Allah sudah janjikan kisah kita begini....
Aku terima kerana hatiku hanya satu...
Biar ia terluka dan terhiris olehmu, tetap ku tunggu huluran cintamu kembali....

Hatiku hanya satu,
Kusimpan ia untuk mu,
Tapi aku xtau hatimu....
Itu gusarku...

Tapi ape lagi yang aku boleh lakukan,
Selain berserah hanya padaNya yang satu...
Kutitip doa moga hatiku x kau lukai lagi,
Kerana hatiku hanya satu, bimbang berderai dan berkecai x boleh bercantum kembali...
itu luahan kata hatiku saat ini....


Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers