Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

SamBUTan HaRi gUrU......

Saat ini...ku teringat saat2 di sekolah dulu......sgt manis jika diimbau.....kerna aku boleh d kategorikan sebagai budak yg ok lah.....prefect la katakan...hehehehe......
aku rndu sgt2 saat sambutan hari guru d sekolah ku.....especially kat SMK Seri Rompin.....sgt manis....
so sweet.....
aku rndu saat2 itu....
kini tiada lagi semua itu....
tp aku tetap menyambut sambutan hari guru.....kerna apa????


aku juga bakal menjadi seorang guru...hahaha




mengikut jejak guru2 ku sekalian......
yg paling aku ingt skali......sajak paling famous adalah 'sajak guru oh guru'.....
pernh aku diminta dan dberi tanggungjawab utk mendeklamasikan sajak berkenaan.....
aku pernh melihat tumpahnya air mata seorang insan bergelar guru saat n tika mendeklamasikan sajak tersebut....betapa besar erti kehidupan seorang guru diungkap n disingkap dlm tiap2 bait sajak berkenaan......


nilah sajak berkenaan:-
   GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979

JaSaMu dIkEnAnG.........GURUKU

x
Tiba2 mlm ni aku terpanggil untuk menulis sebuah coretan ringkas buat insan bergelar guru....
Bagi aku...guru ku adalah insan paling penting dlm kamus hidop ku...
tnpa mereka aku x kan berada d mane tmpat aku berada skrang....
msih ku ingt d bangku sekolah.....
aku ibarat anak yg xtahu arah tujuan...tp guruku tekun memberi ptunjuk walau kadang2 aku tersasar di jalan yg terang....
aku masih ingt, di sekolah aku mmg cukup akrab dgn guru2ku.....
justeru kadang2 rakan2 ku mengatakan aku kaki bodek...tp tak pernah terlintas dlm diari hatiku utk membodek....
saat terbaca blog guru ku...aku turut terpanggil menulis coretan ini buat semua guru2 ku dr darjah 1 sehingga tingkatan 5.....
mereka tanpa jemu mengajar aku.....
kini setelah aku mninggalkan bangku sekolah yg penuh dgn rencah nyer....
aku akur bahawa aku kini bakal meniti perjalanan idop seperti guruku....
cuma aku kadang2 kala masih bingung....mampu kah aku mnjadi seperti guru2ku....
aku rndu saat dipggil ke bilik guru...berbual2 bersama guru d kantin...terutama di SMK Seri Rompin....
hayatku d sana x panjang....
setelah tamat tingkatan 3..aku maju setapak ag...ke Sek Men Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan....tamat nyer persekolahanku d sane....
guru2 yg paling aku ingt d SMK Seri Rompin tentulah guru2 yg sgt akrab n rapat dgn ku.....
tinta ku terpanggil untuk mencoret sebuah nukilan kpd guru2 ku bahawa mereka sntiasa d sanubariku...
walau telah lame aku tgglkan suka duka d bangku sek....
saat manis x kn ku lupe.....n saat duka xkn juga ku lupa malah ku jadikan sbg peringatan saat diri ini terlupa n alpa....
aku hanya manusia biasa yg sering melakukan kesilapan.....
jika ada guru2 ku terbaca catatan yg x seberapa ni.....
ketahui lah bahawa kamu semua tersemat kukuh dlm lipatan memori ku walau ia usang d mamah usia.....


  • TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA dan BAKTI KALIAN KE ATAS SEORANG INSAN BERGELAR PELAJAR....



  • KETAHUILAH JUGA..ANAK DIDIKMU INI..BAKAL MENGIKUT JEJAK LANGKAH MU...MENJADI SEORANG PENDIDIK....
  • WALAU TIDAK SEDEDIKASI GURU2....HARAP BIARLAH SETABAH KALIAN......
  • TERIMA KASIH GURUKU.....................
ni lah sekolah2 yg pernah menjadi saksi guru2ku mengajr ku:
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBAN CHONDONG (1997 - 2002)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 
SERI ROMPIN (2003 - 2005)


SEKOLAH MENENGAH SAINS 
SULTAN HAJI AHMAD SHAH [SEMSAS] (2006- 2007)


  • Setiap memori masih kemas tersimpan......kadangkala memori dan sejarah lampau terkenang2 dan terpapar di tubir mata.......


Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers