Wednesday, July 13, 2011

Silap Tafsiran

Andai kata dihulur silap tafsirannya, sememangnya membawa kesan buruk andai berpanjangan menjadi isu dan lebih-lebih lagi isu sensitif. Dua insan yang berbeza latar belakang mempunyai dua pandangan yang berbeza mengenai sesuatu benda walaupun benda yang didiberi sebagai rangsangan adalah sama. Jadi sukar menentukan siapa yang benar.Akal dikurniakan untuk berfikir dan menaakul apa yang terbentang di hadapan kita.. Hak individu dalam mentafsir dan memberi pendapat selagi jika seseorang itu beragama Islam semestinya dia tidak bercanggah dari hukum yang ditetapkan Allah.

Pelbagai permasalahan yang timbul kala ini. Banyak berlaku perselisihan pendapat, bercanggah pandangan dan idea mengenai sesuatu perkara. Sebagai analoginya, dua orang murid diberi sebuah gambar mengenai seekor ikan emas di dalam sebuah akuarium dan murid-murid tersebut diminta memberi pandangan tentang apa yang dapat dilihat, pastinya pelbagai idea akan diberikan dan diusulkan oleh murid-murid berkenaan. pandangan-pandangan yang diberi mungkin terdapat persamaan dan perbezaan, jadi andai ada perbezaan yang wujud perbezaan idea akan membuatkan emosi terganggu andai berterusan dibahaskan sehingga mendapat kata putus. Andai terdapat persamaan, mungkin ia secara kebetulan. Tapi setiap kita adalah berbeza, "rambut sama hitam tapi hati lain-lain".......Jadi, elakkan beremosi dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi andai ia melibatkan suara ramai.............

No comments:

Post a Comment