Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 24, 2012

Bukan Niatku

Bukan niatku melakukan itu...
Ketahuilah di sebaliknya ape yang tersurat dan tersirat...
Aku bukan melupakan tetapi mencari ruang bagi membetulkan kesilapan yang telahy kulakukan.....
Menginsafi kesalahan diri....
Maafkan aku....

Bukan niatku sebegitu...
Aku gementar, bimbang dan takut...
Risau juga datang bertandang....
Kerdil rase diri ini.....

Ketahuilah bahawa bukan niatku untuk melakukan hal yang demikian...
Maafkan segala kesilapanku.....
Andai ade peluang memperbetulkan kesilapan ini, mahu kiranya aku berpatah kembali ke saat2 itu....
Menarik diri dari awal....
Kebimbanganku kutau kadang kala tidak berasas tapi ketahuilah apa yang aku lakukan hanya mahu dan mendambakan keredhaan Sang Pencinta...
Cuba aku buang rasa bersalah tapi ia kerap hadir menerja sanubari yang lemah ini....
 Maafkan aku........

Andai memang itu takdirnya...
Akulah insan paling bertuah dan gembira di bumi Allah....
Andai ada peluangku mahu rasanya kulaungkan apa yang terbuku di hati...
Diamku bukan bermakna aku salah dan kalah..
Tetapi mencari ketenangan memperbetulkan segala kesilapan dan keterlanjuran...
Malunya pada Sang Pencinta...
Besar kesilapanku....

Andai masa boleh diputarkan kembali mahu kiranya aku sekat rasa itu dari bercambah....
Tapi siapa aku untuk menghalang semuanya berlaku....
Kerna segalanya berlaku tanpa kujangka...
Ia hadir menelusuri ruang hati yang paling dalam mendatangkan satu rasa yang indah dan halus...
Andai aku ada peluang membetulkan kesilapanku.....
Maafkan aku....

Aku bukan melarikan diri tapi mencari ruang menginsafi diri...
Kerdil terasa memenuhi diri....
Insan lemah yang cuba berdikari....

Kutahu kesilapanku memberi ruang rasa itu hadir, tapi siapa aku menolaknya...
Andai takdir itu milikku.....
Alangkah indahnya.....
Cuba kulari jauh dari rasa itu, namun ia tetap bertandang menyesakkan benak ini....
Andai maa boleh diputarkan kembali pada saat itu, mahu kukatakan tidak agar ia tak menjadi parah seperti sekarang...
Jadi kiranya betul langkahku ambil ini....
Perlu kiranya aku bersabar menunggu saat yang sebenar....
Kerdil diri ini tak mampu melawan kuasaMu Ya Allah....
Bantu aku agar tak tersasar dijalan yang lurus Ya Ilahi....
Bantu aku mengawal rasa yang kian bercambah dan bertunas.....


MAAFKAN AKU..............

New Life

Dunia aku kini berubah.... Sejak menjejak kaki dalam semester 5, bagi guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia kami sememangnya sibuk kerana dah berpraktikum..... Hari2 kena fikir nak wat lesson plan...nak ngajar... Dah xmcm mse bru masuk IPG bleh berpeleseran ke sane ke mari, lepak2 kat library, borak2 kosong..... Tapi kini tu sume dah dapat nak rase...... Klu de mase free, nak wat lesson plan akan datang atau nak berehat je fikir.....
Itulah kehidupan yang perlu ditempuhi oleh seorang guru. Ingat mudah ke nak didik anak orang??? Xsemudah yang disangka..... Aku yang bru praktikum utk fasa 1 ni pon dah terase kepenatannya, xtau la dah bergelar cikgu sebenar nnt... Moga aku kuat n tabah menghadapi tiap ujian yang didatangkan kepadaku....

Saat post ni ditulis, masih berbaki 3 minggu untuk aku menghabiskan sisa2 waktu praktikum... Masih panjang perjalanan hidup ini andai masih panjang usia...... Selamat Maju Jaya kepada semua member2 yang berpraktikum especially pelatih Semester 5 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.....
^______^
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers