Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 3, 2012

Praktikum Fasa 2: Lanai oh Lanai

       Saat berita tersebut sampai ke gegendang telinga ketika sedang seronok mengunyah buah salak milik Diba, aku sendiri xtau nak cakap ape. Saat tawa menghiasi bibir sebenarnya airmata mengalir laju dalam sanubari. Aduh!!! Aku bukan sedih untuk berada di Lanai, tapi sedih sebab kenapa tiba- tiba aku dan Adibah yang dihantar ke Lanai sedangkan perang dingin yang berlaku adalah antara Fetri, Asma dan Mel. Bukan aku atau Diba... Kami langsung tiada kena mengena dalam alkisah seribu satu malam tentang pergaduhan tentang pensyarah dan tempat praktikum... 

      Tapi aku redha andai rezekiku di Lanai. Cuma cara atau sebab kenapa kami dihantar ke Lanai membuatkan aku sedikit xpuas hati. Tapi siapa aku??? Aku ibarat mentimun bersama durian, bergolek aku terluka dan digolek juga aku yang terluka. Jadi, ape lagi yang boleh aku lakukan selain hanya berserah kepadaNya dan berusaha sepanjang keberadaan aku di sana. Moga jalan yang aku lalui sepanjang di sana lebih mudah berbanding andai aku berada di SK Tempoyang. Moga orang yang teraniaya doanya Kau makbulkan Ya Rabb...... Andai ini ujian untuk aku, ya aku terima dengan rela hati.....

     Sedikit gusar memandangkan kurangnya kemudahan line internet dan line telefon....huhuhu.... Mesti rindu kat Mr. S....huhuhu..... Kuterima ujianMu untuk kami. Moga kesabaran menjadi milikku dan dia. Jagakan dia untukku Ya Allah......... Sesungguhnya hanya Kau yang mampu membalikkan hati2 kami Ya Allah... Moga pendirian itu tetap teguh. Jadikan aku tabah dan kuat menghadapi setiap ujianMu. Kerana Kau yang mencipta langit dan bumi dan diri insan kerdil ini. Jadikanlah kiranya hati ini terus cekal menghadapi ranjau kehidupan ini. Sesungguhnya jalan yang aku lalui hanya untuk mencapai redhaMua. Satu pintaku yang xhenti aku ungkapkan padaMu Sang Pencipta, "jangan kau palingkan hatiku dari Mu, bimbinglah aku untuk sentiasa berada di jalanMu yang lurus.... Cekalkan hatiku dan jadikanlah aku sentiasa mampu  tersenyum walau saat hati yang aku miliki kian rapuh terluka dek kerana khilaf duniawi".....

^_________^

Pinjamkan aku kekuatan untuk aku tempuhi jalan-jalan berliku...
Moga ketabahan itu sentiasa menjadi peneman aku saat aku sendirian....
Agar langkah kaki ini tidak terhenti dan tersungkur bukan di jalan yang sebenar....
Moga hati ini tidak terlalu rapuh untuk meneruskan cabaran masa hadapan yang tiada siapapun tahu apa yang bakal ditempuhi di kemudian hari....
InsyaAllah........

22 Jun 2012

   Tengah syok2 lepak tgk movie sambil berbaring dan bermalasan atas katil, aku dikejutkan dengan satu berita yang aku xjangka secepat itu aku terima.... Kak long selamat melahirkan anak perempuan melalui kaedah caesarian. Aku memang terkejut. Sedikit marah pon ade sebab aku langsung xdiberitahu ape2 pasal Along bersalin. Dah bersalin baru nak gtau. Waktu tu pulak dah petang, klu gtau awal ckit aku dah boleh balik ke Kuantan. 
     
   Naseb tak menyebelahi aku tol... Knon merajuk la... Hari tu memang ilang mood aku lepas diberitahu Along dah bersalin. Sebab aku geram la xde sape yg beritahu aku yang Along dah masuk labour room... Ape xpenting ke aku ni???? Haish!!! Emosi oh emosi..... Memang beremosi tol aku malam tu... Tdo pon awal je sbab geram... Daripada menangis baik tdo... Bangun2 pagi mata bengkak... Tu yang aku xsuke pasal aku skang... Mudah sangat nak menangis..... Murah sangat airmata tu??? 
   
    Last2 lembut jadi hati aku bila Along sendiri kol aku.... Baru la luruh sume ego dan kemarahanku... Selamat datang dalam keluargaku NUR NAFISAH MAISARAH.... Moga dirimu menjadi insan yang kuat dan solehah..... Mencontohi Saidatina Khadijah atau mungkin Rabiatul A'dawiyah... 
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers