Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 12, 2011

ALAM

Ciptaan terindah, anugerah yang tidak ternilai..............wah, starting ayat nmpak da boom gitu..hehehehe....ni cter pagi 12 Jun 2011......

ALAM!!!!
indah permai terbentangnya ciptaan yang agung ini...kehadirannya membuatkan kte perlu mensyukuri nikmat Maha Pencipta....aku memang suka alam..nak tahu kenapa????korang pon leh jawab sendiri, masing2 ada jawapan tersendiri.meh cnie aku cter kenapa aku suka alam.....bagi aku alam sangat bernilai harganya. alam sangat dekat dengan jiwa aku, ia mendamaikan dan juga menenteramkan. Hijau, tenang dan sejuk mata memandang....alam mampu wat aku lupe sekejap masalah2 yg aku hadapi, kepala yg tengah brserabut ponjadi tenang walau masalah tuxde la selesai lagi tapi mungkin boleh selesai coz aty lebih tenang utk cari jalan penyelesaiaannya.
Kadang bila terfikir yang alam sentiasa bertasbih dan memuji-muji kebesarannya, aku jadi malu sendiri.Aku yang diciptakan sebaik-baik kejadian pon kadang lupe kepadaNya. Dengan alam, aku jadi diri aku sendiri. Bila berinteraksi dengan alam, aku jadi teruja, excited terlebih, jiwa yang kasar dan aty yg keras jadi lembut dan mendamaikan. Alam leh natu aku muhasabah diri.
Kalau diberi pilihan aku nak jadi ape dalam komuniti alam, aku nak jadi pepohon yang menghijau...nak tau nape???mai cnie aku cter. Pepohon hijau membekalkan oksigen pd kehidupan lain. Aku mahu hidup yang sementara ni bermanfaat kepada makhluk lain kerana aku mampu tersenyum riang, puas dan bangga kerana aku berjaya memberi sesuatu buat makhluk atau orang lain...........

= Gambar2 adalah ihsan dari enci ggogle image.....
]



oh, yang ni view Tasik Chini dari ats bukit dalam ladang sawit...semasa PLKN...

* ni la jadi bila bosan dok dalam bas 3 jam lebih dari Jerantut ke Kuantan........

Ratapan Tanpa Suara

Hanya aku yg bisa mndengar ratapan itu, bisu dan sepi tanpa suara....
Hanya jiwa itu yg mengerti, sebak meratap nasib sendiri....
Kenapa air mata jernih itu mengalir lagi, rasa itu hadir kini, memenuhi ruang kekosongan ini....
Oh, jiwa.....tabahkah mghadapi hidup ini dgn sejarah yg tidak bisa dipadam???

Gusar menerjah lubuk nurani, bimbang pula menguasai diri,
Siapa aku yang kerdil ini?
Yang mengharap kisah ini sampai di sini, menghilang lenyap terus menyepi,
dalam kesuraman dan kepastian hakiki......

Kisah itu perlu dinoktah supaya berhenti kisah duka,
Kisah yg menjadi igauan pemiliknya,
Supaya kekuatan mengiringi langkahnya untuk terus teguh berdiri menongkah arus kehidupan dan mencipta sejarah dan lembaran baru dalam kamus hidupnya.

Sesekali ratapan itu kedengaran lagi, mungkin mengimbau kepahitan dan kedukaan semalam,
Tapi tanpa kisah semalam, seseorang itu tidak akan menjadi seperti mana dia hari ini.
Syabas kerna masih teguh berdiri meniti hidup yang mencabar, bukan apa bimbang kecundang di tengah perjalanan menuju ke destinasi yang abadi.
Setiap persimpangan ditempuh dengan keberanian, keyakinan dan ketekalan.
Hanya dia yang bisa mengetahui potensi diri yang ada dalam menyusun strategi menggegar dunia.

Keperitan itu sendiri yang menanggung, Walau lukanya keperitan terasa ngilu mencengkam sanubari tapi lahiriahnya terasa seperti tidak ada apa-apa. Jiwa itu tetap tegar tersenyum menyembunyi kedukaan yang bersarang jauh di lubuk hati. Ada insan yang tahu?? Ah, siapa jua yang mahu peduli?
Biarlah sendiri menanggung lara memendam sendu mengusung rindu, selagi masih kuat jasad ini berdiri jiwa itu tersembunyi, selagi itu kisah duka itu terpendam tak diketahui..........Kerana senyuman mampu menyimpan rahsia yang tersendiri..........Tersenyumlah dan berheni menangisi kisah duka kehidupan kerana setiap insan ada kisah hidup masing-masing, suka atau duka, tawa atau sendu itu memang ketentuanNya.......bersyukurlah...

Sekadar hiasan pinjam kat en. google...hehehehe
*mengarut mencoret menaip 13 Jun 2011 di rumah my lovely grandmum.......
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers