Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 2, 2013

2012 yg berlalu dan 2013 yg tiba

Alhamdulillah...Masih diberi kesempatan bernafas menyedut oksigen kurniaan Ilahi.... Tahun baru menginjak tiba meninggalkan tahun lepas yg berlalu..... 2012 dalam kenangan menggamit memori suka duka dalam mengenal erti kedewasaan.....

Permulaan 2012 yg penuh dengan suka dan gembira, pertengahan 2012 yang penuh dengan jerih perih kehidupan dalam mengejar segulung ijazah dan mencari redha Ilahi dan pengakhiran 2012 yang penuh dengan drama nostalgia menggamit seribu kekuatan dan ketabahan.... Itulah coretan 2012 yg telah ditinggalkan..... Kenangan itu tetap kekal dalam sanubari.... Kerana kenangan akan tetap jd kenangan yg xkan boleh diputar kembali..tetapi boleh diimbas sebagai pengajaran hari ini..... Hidup ini penuh dugaan dan cabaran, yang lemah akan terus tersungkur tapi yg kuat akan bangkit meneruskan perjalanan... Aku tidak mahu digelar lemah tapi akan terus mencari kekuatan dalam sisa kepedihan....

Itu pengajaran wat diri ini..... Jangan pernah mengharap pd sesuatu yg xpasti.... Usaha tetap usaha... Segalanya kembali kepadaNya.... Serah kan kepada yg Maha Kuasa.... 

Aku akan terus melangkah biar seribu dugaan menerpa kerana satu yg aku percaya 'Allah sentiasa di sisi'....
Ujian itu didatangkan kepada yg kuat untuk menguji ketabahan hati.... Andai itu ujian buatku, akan kudepani dugaan tersebut... Tapi satu pintaku Ya Allah, bantulah aku kerana aku sangat memerlukan bimbinganMu.....

Duka semalam belom tentu terubat lagi hari ini..... Itu yg dapat disimpulkan... Walau hubungan diteruskan xkan same dengan yg lalu.. Masa lalu xkan kembali.... Teruskan meniti hari mendatang utk mengumpul kembali sisa kekuatan.... Life must go on... Masih rmai yg memerlukanku.. So, wat pe nak bersedih sangat... Allah kan ade sebagai tempat mengadu... Ujian yg datang sebagai tnda Dia syg padamu dan ingin kamu terus mengadu padaNya sebab Dia rndu tangisan dan senduMu..... Jadi, redha, berserah dan tawakal selain terus berdoa...... Itu jalan terbaik.... Tapi silaturahim jangan diputuskan kerana Allah xsuka kita hidup membenci.... Aku pon xtenteram andai kita terus membenci....

So, 2012 yg berlalu biarkan berlalu... Ambil yg buruk sebagai pengajaran...yang baik jdkan pedoman.... 2013 akan diharungi dengan tabah dan cekal... Itu harapan dan impian.....
Bye 2012....Welcome 2013.... Allah bagi peluang utk hidup, jgn sia2kan dengan kesedihan...... Tabah dan kuat..... So, duhai hati jangan pernah mengalah.... Ujian utk menguji...... Salam..

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers