Saturday, July 28, 2012

Berpraktikum + Berpuasa di Lanai

       Baru seminggu abes praktikum Fasa 2.... 7 weeks to go.... Terasa sangat lambat mase berlalu.... Terasa setiap saat yang beredar terlalu lambat bergerak....... Aku xkisah berada di bumi Lanai, seronok mengajar dak2 peribumi. Mereka terlalu innocent. Aku leh jadi pelakon yang hebat di hadapan mereka... Apa yang aku buat, mereka perhatikan dan kadang-kala mereka ikot. Berbeza dengan budak2 Melayu yang sebaya mereka. Klu budak2 Melayu pada usia 10- 11 tahun dah pandai melawan kata2 cikgu.. Cuma mereka terlalu ketinggalan je dari segi pencapaian. Itu xmenjadi masalah kerana dah tugas guru untuk mengajar dan juga mendidik anak2 kecil ini menjadi lebih baik. 
          Ini merupakan satu pengalaman yang xmampu semua orang miliki. Berada jauh dari keluarga dan insan tersayang menjadikan diri ini perlu berdikari. Perlu bijak menyusun dan mengatur rutin harian. Tabahkanlah hati saat ia gundah sendirian Ya Allah..... Seronok dapat memasak juadah berbuka dan berbuka bersama dengan guru2 di SK Lanai.. Satu pengalaman yang xmungkin dapat andai berpraktikum di tempat lain... Itu kelebihan berada di Lanai. Bukan senang tau.... Xsume orang dapat merasai saat itu. Aku mungkin salah seorang insan yang bertuah dianugerahkan peluang sebegitu. Dapat berterawih dengan murid2 peribumi juga menjadikan aku insaf... Betapa mereka yang langsung tidak tahu ape2 hanya mengikut sahaja ape yang dilakukan oleh guru2. Ikot arahan dan tindak tanduk para guru. Mereka terlalu daif. Terlalu comel bagi aku. Comel deng Mereka sangat aktif. Lagu dan nyanyian sangat mereka gemari. Zikir yang dilagukan memang mudah untuk mereka hafal. Sangat minat dalam nyanyian.
       Apa yang kelakarnya mereka murid2 asli ni, lepas bersahur memang kedengaran la suara mereka melalak menyanyi lagu2 yang mereka tahu. Lagu Indon bukan men ag... Tapi membaca xtau. Itu bezanya mereka. Tapi mereka sangat menghormati guru2. Kadang2 seperti takut dengan guru.  Bermain sangat menjadi keutamaan bagi mereka. Lepas terawih pulak terus je masuk bilik tidur..huhuhu.... Seronoknya la hai..... Kalau kat sekolah Melayu, kompom kna hambat dengan warden sebab kna g prep...hehehe.... Itulah situasi bagi anak2 asli di Lanai.....
          Bagi aku sendiri, berada di Lanai xde la terlalu asing bagi aku. Cuma yg jadi terase ckit sebab masalah line telefon je la.... Tapi syukur alhamdulillah, still ade kawasan2 yang bleh dpt line telefon tu... Cuma susah ckit la..... So, ni ujian utk aku... Tabahlah harapnya mghadapi ujian berjauhan ni..... Moga jarak ini menjaga hubungan aku dengan die... Bak kate kawan2 n sahabat2 aku la..hehehe.. aku ulang je...
         So far, berpuasa dan berpraktikum di Lanai utk tahun 2012 tidak akan aku lupakan.... Jarak memisahkan kami, tapi harapan hati tetap dekat....... Duhai hati, kuat dan tabahlah menghadapi ujian ini... Bukan lama pon...... InsyaAllah, sumenye dengan bantuan Mu Ya Allah.........

^________^

Makmal Komputer


Laluan berbukit dari pejabat or bilik guru ke bilik darjah

Ihsan encik google je gmbr2 ni, xsempat ag nak amek2 gambar...hehehhe
Satu yg aku lupe nak gtau, air Lanai sangat sejuk.... Terlalu sejuk dan xtau la ble nak suam2 kuku or bese2.....hehehe

No comments:

Post a Comment