Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 31, 2010

perginya seorg sahabat......

tanggal 30 Mac 2010 menyaksikan satu noktah buat insan yang benar2 aku sanjungi.....
perginya beliau tak ku sangka2...
menjadi sahabat dan teman yang ceria...
telatahnya buat aku mengambil langkah tersenyum simpul
kerana tak mampu menyanggah dan menyangkal kata2nya.....

perginya beliau buat aku terkilan kerana tidak mampu menghubungi beliau walau hati meronta-meronta minta menghubunginya....
aku tak juga menghubungi beliau tanpa aku terfikir ape2...
beberapa hari jiwa aku kalut memikirkan mengapa debaran dan naluri ingin pulang menarik-narik aku????
aku resah...
aku buntu....
perginya beliau membuat aku sangat terasa kerana beliau sangat baik....
hilanglah seorang insan yang langsung tidak menyakitkan hati malah membuat jiwa tenang saat memandang wajah redupnya.....
hilang juga tempat berharap untuk masa depan....
hilanglah pemberi semangat dan penasihat dalam keluarga kami....

perginya beliau dalam masa yang sangat pantas membuatkan aku terfikir bahawa ini hanya mimpi ngeri....
mimpi yang menakutkan...
aku kadang-kala terfikir alangkah baik jika ia hanya sebuah igauan ngeri yang mampu dihapuskan....
tapi hanya Allah Maha Mengetahui.....
aku sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat....dan semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman serta bertaqwa.....

yang pergi tetapkan pergi...
kita yang tinggal hanya mampu meratapi pemergian insan yang tersayang.....
tapi ingatlah....
Allah lah yang mengatur segala perjalanan hambaNya di muka bumi ini.....
kita yang tinggal...perbetulkan segala kekhilafan dan jadikan pengajaran untuk menjadi yang lebih baik....
semuanya tidak sempurna....tetapi cubalah menjadi yang terbaik.......

sahabat tetap sahabat....
ukhwah terjalin tak mampu terputus walau hilangnya anak Adam di muka bumi.....
ingatan hanya bersandarkan kenangan.....
Al-Fatihah buat sepupuku.......
yang juga sahabat ku.....
berikan ketabahan buat keluarga beliau.....
tangisan tidak mampu terluah andai hati terlalu terluka........

5 comments:

  1. moga allah mencucuri rahmat nya...dan ditemptkn dlm golongn beriman..amin...

    ReplyDelete
  2. sabar ye janna. doakan dia....Allah lebih syangkan nya...

    ReplyDelete
  3. sdih n ckup memilukan ati...
    byk2 la brsabr n tnah di ats ape yg brlaku..
    stiap yg hidup pasti akn pergi kepadaNya jua...

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers