"Masihkah ada esok untuk ku nantikan kepulangan insan yang kuharapkan".....luahan insan yang ditinggalkan dan mengharapkan kepulangan seseorang yang begitu dekat dalam dirinya......insan itu tetap meneruskan kehidupan sehariannya sambil mengutip sisa-sisa kekuatan yang masih bersisa...walau setabah mana pun insan itu, dia tetap merintih sendirian walau tidak ditonjolkan secara zahir lahiriahnya..
Aku cuba menjadi tabah umpama insan di atas..Walaupun dia masih di situ mencari kekuatan yang masih ada, tapi aku lihat dia semacam mencari sesuatu yang hilang dari dalam dirinya..aku mengenalinya seawal usia ku masih merangkak mencari erti kehidupan yang aku sendiri tidak tahu ranjau menanti..dia insan yang cekal..siapa yang mampu menanti andai diri ditinggalkan tanpa berita..aku tahu aku tidak setabah insan ini.." Ya Allah, andai Kau mendengar rintihan hati insan ini, Kau berilah kekuatan untuk insan ini bertahan di bumiMu ini Ya Allah!!!!!!
Andai ada yang berkesempatan membaca nukilan ku ini, ketahuilah bahawa..anda masih bernasib baik kerana masih diberi kesempatan bernafas dan menghirup udara bersih dan nyaman dengan kehidupan yang stabil dan bahagia kurniaan Allah swt...ketahuilah juga bahawa ada insan yang menggapai-gapai mencari erti hidup dalam kesusahan....ketahuilah bahawa anda masih bernasib baik kerana memiliki kedua ibu bapa yang menyayangi diri anda sepenuhnya...andai yang membaca ini senasib dengan insan yang disebutkan di atas, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang yang meminta pertolongan dariNya.....serahkan diri anda kepadaNya.....pasti anda ada tempat untuk bergantung harap.....
Kerana insan di atas banyak mengajar erti kesabaran dan ketabahan yang disuntik tanpa disedari...ku kuatkan diri ini demi menjadikan dirinya sebagai idola untuk mengutip sisa kekuatan dan ketabahan demi meneruskan kehidupan............
kepada insan yang senasib: carilah peluang yang ada untuk menimbus kekecewaan yang ada...............muhasabahlah diri anda!!!!!!
No comments:
Post a Comment