Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 28, 2012

Berpraktikum + Berpuasa di Lanai

       Baru seminggu abes praktikum Fasa 2.... 7 weeks to go.... Terasa sangat lambat mase berlalu.... Terasa setiap saat yang beredar terlalu lambat bergerak....... Aku xkisah berada di bumi Lanai, seronok mengajar dak2 peribumi. Mereka terlalu innocent. Aku leh jadi pelakon yang hebat di hadapan mereka... Apa yang aku buat, mereka perhatikan dan kadang-kala mereka ikot. Berbeza dengan budak2 Melayu yang sebaya mereka. Klu budak2 Melayu pada usia 10- 11 tahun dah pandai melawan kata2 cikgu.. Cuma mereka terlalu ketinggalan je dari segi pencapaian. Itu xmenjadi masalah kerana dah tugas guru untuk mengajar dan juga mendidik anak2 kecil ini menjadi lebih baik. 
          Ini merupakan satu pengalaman yang xmampu semua orang miliki. Berada jauh dari keluarga dan insan tersayang menjadikan diri ini perlu berdikari. Perlu bijak menyusun dan mengatur rutin harian. Tabahkanlah hati saat ia gundah sendirian Ya Allah..... Seronok dapat memasak juadah berbuka dan berbuka bersama dengan guru2 di SK Lanai.. Satu pengalaman yang xmungkin dapat andai berpraktikum di tempat lain... Itu kelebihan berada di Lanai. Bukan senang tau.... Xsume orang dapat merasai saat itu. Aku mungkin salah seorang insan yang bertuah dianugerahkan peluang sebegitu. Dapat berterawih dengan murid2 peribumi juga menjadikan aku insaf... Betapa mereka yang langsung tidak tahu ape2 hanya mengikut sahaja ape yang dilakukan oleh guru2. Ikot arahan dan tindak tanduk para guru. Mereka terlalu daif. Terlalu comel bagi aku. Comel deng Mereka sangat aktif. Lagu dan nyanyian sangat mereka gemari. Zikir yang dilagukan memang mudah untuk mereka hafal. Sangat minat dalam nyanyian.
       Apa yang kelakarnya mereka murid2 asli ni, lepas bersahur memang kedengaran la suara mereka melalak menyanyi lagu2 yang mereka tahu. Lagu Indon bukan men ag... Tapi membaca xtau. Itu bezanya mereka. Tapi mereka sangat menghormati guru2. Kadang2 seperti takut dengan guru.  Bermain sangat menjadi keutamaan bagi mereka. Lepas terawih pulak terus je masuk bilik tidur..huhuhu.... Seronoknya la hai..... Kalau kat sekolah Melayu, kompom kna hambat dengan warden sebab kna g prep...hehehe.... Itulah situasi bagi anak2 asli di Lanai.....
          Bagi aku sendiri, berada di Lanai xde la terlalu asing bagi aku. Cuma yg jadi terase ckit sebab masalah line telefon je la.... Tapi syukur alhamdulillah, still ade kawasan2 yang bleh dpt line telefon tu... Cuma susah ckit la..... So, ni ujian utk aku... Tabahlah harapnya mghadapi ujian berjauhan ni..... Moga jarak ini menjaga hubungan aku dengan die... Bak kate kawan2 n sahabat2 aku la..hehehe.. aku ulang je...
         So far, berpuasa dan berpraktikum di Lanai utk tahun 2012 tidak akan aku lupakan.... Jarak memisahkan kami, tapi harapan hati tetap dekat....... Duhai hati, kuat dan tabahlah menghadapi ujian ini... Bukan lama pon...... InsyaAllah, sumenye dengan bantuan Mu Ya Allah.........

^________^

Makmal Komputer


Laluan berbukit dari pejabat or bilik guru ke bilik darjah

Ihsan encik google je gmbr2 ni, xsempat ag nak amek2 gambar...hehehhe
Satu yg aku lupe nak gtau, air Lanai sangat sejuk.... Terlalu sejuk dan xtau la ble nak suam2 kuku or bese2.....hehehe

Saturday, July 21, 2012

Harapan......

Mungkin lagu ni dah lme....
Tapi aku pon xtau ble sebenarnya lagu ni dah berkumandang.....
Bagi aku lagu ni lembut je di pendengaran aku...
menangkap di kalbu....
Sweeeeeettt sgt...

Xpe la org nak kate ape pon pada aku...
kasar kat luar lembut kat dalam la ape la...
I dont care coz Allah dah jadikan aku macam ni......
Aku juga diciptakan punya perasaan....

Balik pd cter lagu ni... aku jumpa satu video yg sweeet sangat bagi aku....
Memang harapan sume org nak macam ni kan....
Persoalannya Allah juga yang mengurniakan semuanya...
Aku juga tak lepas dari terus berdoa dan berdoa...
Moga harapan ku menjadi nyata bersama dia yang aku sayang.....
Siapa dia.....
Allah juga yang tahu betapa dalamnya rasa ini..
AnugerahNya yang terindah dalam hidupku.....

Comel kan????
Tau x, aku leh nangis tengok video ni even beberapa kali aku ulang tgk.....
Mampukah diri ini disayang???
Tanpa ditinggalkan???
Aku xnak apa yang jadi pada Ma jadi dalam lembaran kehidupan aku...
Sakitnya Allah sahaja yang tahu.......
Kuatkan hati ini Ya Allah...
Moga ia xrapuh dalam menjalani kehidupan menghadapi ujianMu.....

Wednesday, July 18, 2012

Lamenye...

Lamenye x menaip post terbaru kat blog... Terlalu bz... Bz dgn aktiviti di IPG dan juga bz dgn aktiviti untuk menyenangkan hati sendiri.... Alhamdulillah, syukur elaun dah pon masuk... Sempena elaun masuk, rumate aku Ain ajak la aku n Wani, klasmate aku untuk g abeskan duit di KL.....

Memang seronok berjalan2... Ilang tension2 yang ade bersarang dalam benak ni.... Release tension... Tapi tension tu tetap akan dtg balik... Stress tu datang dan pergi.... Sronok menghabiskan masa...... Sronok sgt.... Menghabiskan masa di Jalan TAR, Berjaya Times Square, i-city dan the Curve.... Walaupon penat tapi rasa best sangat.... Mungkin sebab bersama orang tersayang menghabiskan masa...... Nanti de masa leh cter2 ag... Skang kna masuk klas dulu... Cau cin cau......

Tuesday, July 3, 2012

Praktikum Fasa 2: Lanai oh Lanai

       Saat berita tersebut sampai ke gegendang telinga ketika sedang seronok mengunyah buah salak milik Diba, aku sendiri xtau nak cakap ape. Saat tawa menghiasi bibir sebenarnya airmata mengalir laju dalam sanubari. Aduh!!! Aku bukan sedih untuk berada di Lanai, tapi sedih sebab kenapa tiba- tiba aku dan Adibah yang dihantar ke Lanai sedangkan perang dingin yang berlaku adalah antara Fetri, Asma dan Mel. Bukan aku atau Diba... Kami langsung tiada kena mengena dalam alkisah seribu satu malam tentang pergaduhan tentang pensyarah dan tempat praktikum... 

      Tapi aku redha andai rezekiku di Lanai. Cuma cara atau sebab kenapa kami dihantar ke Lanai membuatkan aku sedikit xpuas hati. Tapi siapa aku??? Aku ibarat mentimun bersama durian, bergolek aku terluka dan digolek juga aku yang terluka. Jadi, ape lagi yang boleh aku lakukan selain hanya berserah kepadaNya dan berusaha sepanjang keberadaan aku di sana. Moga jalan yang aku lalui sepanjang di sana lebih mudah berbanding andai aku berada di SK Tempoyang. Moga orang yang teraniaya doanya Kau makbulkan Ya Rabb...... Andai ini ujian untuk aku, ya aku terima dengan rela hati.....

     Sedikit gusar memandangkan kurangnya kemudahan line internet dan line telefon....huhuhu.... Mesti rindu kat Mr. S....huhuhu..... Kuterima ujianMu untuk kami. Moga kesabaran menjadi milikku dan dia. Jagakan dia untukku Ya Allah......... Sesungguhnya hanya Kau yang mampu membalikkan hati2 kami Ya Allah... Moga pendirian itu tetap teguh. Jadikan aku tabah dan kuat menghadapi setiap ujianMu. Kerana Kau yang mencipta langit dan bumi dan diri insan kerdil ini. Jadikanlah kiranya hati ini terus cekal menghadapi ranjau kehidupan ini. Sesungguhnya jalan yang aku lalui hanya untuk mencapai redhaMua. Satu pintaku yang xhenti aku ungkapkan padaMu Sang Pencipta, "jangan kau palingkan hatiku dari Mu, bimbinglah aku untuk sentiasa berada di jalanMu yang lurus.... Cekalkan hatiku dan jadikanlah aku sentiasa mampu  tersenyum walau saat hati yang aku miliki kian rapuh terluka dek kerana khilaf duniawi".....

^_________^

Pinjamkan aku kekuatan untuk aku tempuhi jalan-jalan berliku...
Moga ketabahan itu sentiasa menjadi peneman aku saat aku sendirian....
Agar langkah kaki ini tidak terhenti dan tersungkur bukan di jalan yang sebenar....
Moga hati ini tidak terlalu rapuh untuk meneruskan cabaran masa hadapan yang tiada siapapun tahu apa yang bakal ditempuhi di kemudian hari....
InsyaAllah........

22 Jun 2012

   Tengah syok2 lepak tgk movie sambil berbaring dan bermalasan atas katil, aku dikejutkan dengan satu berita yang aku xjangka secepat itu aku terima.... Kak long selamat melahirkan anak perempuan melalui kaedah caesarian. Aku memang terkejut. Sedikit marah pon ade sebab aku langsung xdiberitahu ape2 pasal Along bersalin. Dah bersalin baru nak gtau. Waktu tu pulak dah petang, klu gtau awal ckit aku dah boleh balik ke Kuantan. 
     
   Naseb tak menyebelahi aku tol... Knon merajuk la... Hari tu memang ilang mood aku lepas diberitahu Along dah bersalin. Sebab aku geram la xde sape yg beritahu aku yang Along dah masuk labour room... Ape xpenting ke aku ni???? Haish!!! Emosi oh emosi..... Memang beremosi tol aku malam tu... Tdo pon awal je sbab geram... Daripada menangis baik tdo... Bangun2 pagi mata bengkak... Tu yang aku xsuke pasal aku skang... Mudah sangat nak menangis..... Murah sangat airmata tu??? 
   
    Last2 lembut jadi hati aku bila Along sendiri kol aku.... Baru la luruh sume ego dan kemarahanku... Selamat datang dalam keluargaku NUR NAFISAH MAISARAH.... Moga dirimu menjadi insan yang kuat dan solehah..... Mencontohi Saidatina Khadijah atau mungkin Rabiatul A'dawiyah... 

Thursday, June 21, 2012

Bersyukurkah aku????

Apa lagi yang kau xpuas hati??? Walau kadang kala lambat, tapi kau masih dapat apa yang nak... Cuma ade bnda yg masih lom kau perolehi tapi berbanding dengan nikmat yang Allah anugerahkan, kau masih mempersoalkan apa yang Allah beri padamu???? Nyata kau memang xpandai bersyukur........

Cuba mengimbas segala nikmat yang kau perolehi sepanjang kau menjalani kehidupan... Banyakkan??? Cuba senaraikan.... mesti banyak dalam list apa yang perolehi.... Betul x??? Antaranya: kau dapat kejayaan dalam pelajaran, keluarga yang memahami, rakan taulan dan sahabat handai yang sporting dan ade time susah n senang dan yang terkini orang yang kau harap2 hadir menghiasi hidup kau hadir mengetuk pintu hatimu walau belum sepenuhnya memiliki tapi sekurang-kurangnya kau dapat..... Tak mampu lagi kau bersyukur??? Apa lagi yang kau nak Janna??? Masih tidak berpuas hati??? 

Bersyukurlah.....  Kadang kala ada benda yang kita nak xdapat dan diganti dengan sesuatu yang xdihajati... Kita xberpuas hati sedangkan Allah lebih Mnegetahui apa yang terbaik buat hambaNya... Allah itu Maha Mnegetahui....

Sekurang-kurangnya ucapkanlah syukur "Alhamdulillah" atas apa yang kau peroleh..... Mungkin lom tiba masanya kau dapat apa yang kau hajati...... Jadi bersabarlah... Berusaha dan jangan putus asa.... Peringatan buat diri sendiri dan rakan taulan...... 

Alhamdulillah.... Diri ini bertambah bahagia sekarang.... Syukur Ya Rabb!!! Alhamdulillah.........

^_______^



*Ihsan drpd Book of Quote
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers